Lawan Hawa Nafsu


Bagaimana keadaan kita jika terlihat  seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau  tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya  lipan atau bahaya harimau?

Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk  menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi  gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau.

Begitulah perumpamaan  antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan  menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga  di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak  dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah  melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah  angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa  kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin  dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan  membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang  bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat?

Begitulah  bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang-undang walaupun sehebat mana pun  tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu.

Pagar  itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita  terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

[B]Kuasai Nafsu, Kuasai Dunia[/B]

“Jika kita menguasai

diri, kita akan  menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai.

Tetapi bagaimana pula  kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai  dunia.

Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah  ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Orang yang berjaya  adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada  tipuannya.

Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki  kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh  sedang berjalan kaki. Raja pun bertan

ya, “siapa kamu?”

Petani yang soleh  itu menjawab, “aku seorang raja.”

Raja tertawa, kemudian terus berkata  dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?”

Petani menjawab, “raja  untuk kerajaan diriku.”

Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula  bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?”

Raja terus  terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita  sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil  kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.

Kuasa, ilmu, harta dan nama  yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya  hidup diperkotak-katikkan oleh hawa naf

su.

Hal ini kerana nafsu itu  sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang  yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana  ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang  tenggelam dalam keja

hatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan  didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan  dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan  dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita.

Akibat gagal  menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia.

Selain itu cintakan dunia akan  menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah  kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf; cinta dunia itu  adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak  lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba  Allah manusia mestilah menguasai dirinya.

Inilah yang dibimbangkan oleh  Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:

“Bagaimana akan  terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam  cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara m

enuju kepada  Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?”

[B]Manusia Dan Mujahadah[/B]

Seterusnya, apakah

yang dimaksudkan  dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan  nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan  perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu  sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri  kita.

Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:

[B]1. Telah menyerah kalah.[/B]

Golongan ini tergolong dalam mereka yang  dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama  sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah  mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: “Maka, pernahkah kamu  melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan  Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah:

23)

[B]2. Sedang dan sentiasa berperang.[/B]

Golongan ini terdiri daripada mereka  yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya  dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang  berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh  Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: “Berjuanglah kamu  melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”

[B]3. Orang yang telah menang.[/B]

Golongan itu terdiri daripada mereka  yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara  daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan  maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan  jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian.  Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.

[B]Erti Mujahadah dan Kepentingannya[/B]

Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal,  mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar  menjadi hamba Allah.

Demikian yang dapat difahami daripada kaedah,  “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka  sesuatu itu juga menjadi wajib.”

Berdasarkan itu, jika kita tidak  berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu  hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak  Allah? Firman Allah:

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada  kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh  syurgalah tempat tinggalnya” (

Surah al-Naziat: 40-41)

Melawan hawa nafs

u juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah.

Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya:

“Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.” Baginda juga bersabda: “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.”

Mujahadah bermaksud berusaha untuk  melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

Istilah “mujahadah” berasal  daripada kata “al-jihad” iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan  dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain,  seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya  demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul.

Inilah  maksud kata-kata Imam al-Ghazali: “Antara tanda kecintaan hamba  kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah darip

ada  kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

Selain itu ilmu, taktik dan strategi  melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika  dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono.  Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa  kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan  lagi.

Ironinya, jika dengan musuh zahir yang  jarang-jarang kita berdepan dengannya, kita sanggup membelanjakan  jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan  banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa  nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak  indah sahaja.

Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya,  yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w.  bersabda:”Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya.”

[B]Prinsip Asas Dalam Melawan Hawa Nafsu[/B]

Berikut tiga prinsi

p asas kaedah melawan  nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti  perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin  misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

[B]1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.[/B]

Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar  itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya  tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).

Oleh  sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun.  Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka  yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka  menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.

Selain menahan perut daripada banyak  makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat.  Antaranya, menahan pandangan (mata) d

aripada yang haram, telinga  daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata  yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.

Semua  ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan  menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai  akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.

[B]2. Membeban

kan nafsu itu dengan ibadah.[/B]

Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai  kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah  dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang  berbentuk fardhu dan sunat.

Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam  kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima  waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan  hawa nafsu.

Begitu juga dengan zikrullah yang lain  seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang  bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan  syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid).

Begitu  juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan  lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafs

u kita  dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan.

Ingatlah  nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah  yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan  jangan dibatasi oleh rasa puas.

[B]3. Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.[/B]

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah  dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.

Nafsu itu  makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia  untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).

Bahkan, usaha awal

kita untuk  memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan  interaksi yang harmoni dengan Ilahi.

Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika  Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah.  Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan  Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:

“Wahai Muaz, aku sangat cinta  kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa  berdoa kepada Allah dengan doa ini:

“Ya Allah, bantulah aku  mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk  mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah:

“Ya  Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku.  Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah  peli

ndungku dan pemimpinku.”

[B]Langkah-Langkah Jalan Mujahadah[/B]

Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:

[B]1. Belajar me

ngenai sifat nafsu dan angkaranya.[/B]

Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah  dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib.

Kita mesti  mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui  sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para  ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya  tersendiri.

[B]2. Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.[/B]

Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja  tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya.  Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada  keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh?

Ilmu  bukan untuk

pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih  penting untuk diamalkan.

[B]3. Mempraktikkan ilmu.[/B]

Inilah tahap yang paling sukar tetapi  inilah tahap yang paling penting.

Perkara ini meme

rlukan satu iltizam  yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang  disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan  tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan  tetapi masih tega melakukannya.

Semua itu keran

a mereka belum ‘mahu’,  dan baru sekadar ‘tahu’.

Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar  manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita  pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal  dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu ‘tahu’ tempat letakkannya  di akal tetapi ‘mahu’ itu letaknya di hati.

[B]4. Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.[/B]

Ramai juga orang yang telah tahu dan  mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama,  mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar  “hangat-hangat tahi ayam”. Mereka tidak berdaya untuk konsisten  (istiqamah) dalam kebenaran.

Apa yang perlu ial

ah latihan yang  berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke  tahap kemampuan.

Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat  dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali  gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap.

Latihan menundukkan  hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah  selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit.”

“Alah bisa, tegal biasa,” begitulah  nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan  terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan.

Sampai ke tahap  ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda  tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular sendu

k – di situ ada  racun, di situlah juga ada penawarnya.

Sebab itu ditegaskan  berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.

jika diuruskan dengan baik, nafsu akan  membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan.

Nafsu  seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan,  keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga m

eneruskan  kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerak kepada  pembangunan ummah.

Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi  tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan,  industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang  bioteknologi dan sebagainya.

Manusia yang dibekalkan dengan unsur  nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka  bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini  dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah.

Sebaliknya, mala

ikat  tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang  keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan  jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa  akal).

Jangan menoleh ke belakang… tempuhlah  jalan mujahadah.

Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun  itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah.

Tidak ada jalan pintas!

kita sama-sama belajar…
mohon sharingnya….

About Mahmudi Alwi Sihab

Seorang yang berjilbab belum tentu dia khusnul khotimah

Posted on April 28, 2011, in Agama. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: